Thursday, April 25, 2013

100 Hari Terakhir Imam Al-Ghazali



Ada yang belum kenal siapakah Imam Al-Ghazali ? Meski pun kita tak mengenali secara terperinci mengenai beliau seperti nama penuh, tempat lahir, guru-guru beliau tapi saya yakin kita pernah mendengar nasihat-nasihat beliau yang banyak diangkat dalam kajian-kajian oleh para Ulama.

Antara nasihat beliau yang sungguh popular ialah

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat


Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah
 MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang


Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi


Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU 
(Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.


Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah


Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH  
(Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ke tika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun


Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang


Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.



Pada hari isnin 14 Jamadilakhir  tahun 505 Hijrah bersamaan 1111 Masihi  beliau wafat dan telah dikebumikan di bandar Tus, Khusaran (Iran). Imam Al-Ghazali rahimahullah diriwayatkan, beliau mendapati tanda-tanda kematian dirinya sehingga beliau mampu menyiapkan diri untuk menghadapi sakratulmaut secara sendirian. Beliau menyiapkan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wudhuknya serta kafannya sekali. Cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala saja beliau telah memanggil abangnya yaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk meneruskan tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan wajahnya. 


Tanda-tanda kematian yang dirasai oleh Imam Al-Ghazali akan dirasai oleh orang Islam sahaja, manakala bagi orang-orang kafir nyawa mereka akan terus direntap tanpa adanya tanda sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. 

Tanda 100 hari sebelum kematian
Tanda ini akan berlaku umumnya setelah waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya, seperti daging sapi yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan terdetik di hatinya bahwa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan duniawi tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan hilang begitu saja tanpa ada manfaatnya.

Tanda 40 hari sebelum kematian
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada saat itu daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas Arasy-nya Allah SWT. Maka saat itu malaikat maut (Izrail) akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persiapannya kepada kita di antaranya ialah dia akan mulai mengikuti kita sepanjang itu.

Akan terjadi dimana malaikat maut (Izrail) ini akan memperlihatkan wajahnya sepintas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Tanda 7 hari sebelum kematian
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan dimana orang sakit yang tidak makan (tak berselera) secara tiba-tiba berselera untuk makan.

Tanda 3 hari sebelum kematian
Pada ketika ini akan terasa denyutan dibagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi. Dan bagi orang yang sakit,  hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi/samping. Telinganya akan layu dimana bagian ujungnya akan berangsur-angsur masuk kedalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari sebelum kematian
Akan berlaku sesudah waktu Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bagian pusat lalu rasa itu akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bagian kerongkong. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimat syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Namun begitu, tidak semestinya tanda-tanda ini boleh berlaku kepada semua orang, hanya orang-orang tertentu dan terpilih sahaja yang mungkin merasai tanda-tanda yang sama.

Kita mungkin pernah mendengar kata-kata ini,

" Hiduplah hari ini lebih baik dari semalam..
Beribadatlah kamu seperti kamu akan mati pada esok hari, 
dan bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi.."

Ingatlah, TUA bukan syarat untuk mati, tapi syarat untuk mati adalah HIDUP.


wallahua'lam..



# Artikel ringkas ini bersempena peristiwa kematian Imam Al-Ghazali pada tanggal 14 Jamadilakhir.

Semoga kita sama-sama dapat mengambil manfaat daripada artikel ini.



Sumber rujukan:

http://suatuperkongsian.blogspot.com/2009/08/tanda-tanda-kematian-imam-al-ghazali.html

Sunday, April 21, 2013

Perang Jamal - Saidatina Aisyah vs Saidina Ali ???



Hanim tersenyum melihat anak kecilnya ketawa gembira bersama ayahnya di atas belakang unta itu. Apa tidaknya, itulah pengalaman pertama menunggang seekor unta. Hanim kemudian memandang sekeliling, ucapan ‘Alhamdulillah’ tidak pernah berhenti di dalam hati. Dia benar-benar bersyukur kerana akhirnya mereka sekeluarga dapat menjejakkan kaki ke bumi barakah itu, Mekah Al-Mukarramah.
                “ Umi.. unta dalam bahasa Arab apa? ,” tiba-tiba kedengaran suara Humaira dari atas unta itu.

Hanim tersenyum seraya menjawab, “ Kalau unta, orang Arab panggil Jamal, sayang.”
Serentak dengan itu, fikirannya mula terimbau suatu kisah yang berlaku beratus tahun dahulu. Salah satu kisah yang terbuku dalam lipatan sejarah, yang menjadi pengajaran terbesar untuk umat islam; Perang Jamal…

                Perang Jamal merupakan perang antara umat islam, iaitu melibatkan Saidatina Aisyah r.a. dan Saidina Ali r.a. Mendengar sahaja nama sahabat dan ummul mukminin ini sudah cukup menimbulkan tanda tanya dalam minda semua orang. Benarkah? Sahihkah? Mustahil !


                Benar, kisah ini boleh menimbulkan kekeliruan bagi mereka yang baru kali pertama mendengarnya. Disebabkan itu jugalah pihak syiah cuba mengambil kesempatan untuk memutarbelitkan kisah ini bagi menimbulkan salah faham dalam pemikiran umat islam sendiri. Dia sendiri turut terkeliru sewaktu pertama kali mencari kisah perang itu apabila mendapat assignment ketika di universiti dulu. Namun, hasil daripada kajian terperinci, Alhamdulillah dia dapat memahami dengan jelas apa sebenarnya yang berlaku.



                Selepas peristiwa pembunuhan Sayyidina Uthman, Saidina Ali telah dibaiah dan diangkat menjadi khalifah islam yang keempat. Pada mulanya, semuanya dalam keadaan baik. Namun, kekacauan mula berlaku apabila waris-waris Saidina Uthman menuntut hukuman qisas terhadap pembunuh Saidina Uthman dipercepatkan, dan dalam masa yang sama, fitnah mula tersebar.

                Saidina Ali mengambil keputusan melewatkan hukuman itu atas dua sebab utama, iaitu keadaan Negara yang tidak stabil pada ketika itu kerana umat islam berpecah belah dan orang-orang yang terlibat dalam pembunuhan itu adalah terdiri daripada kaum Munafiqun serta beberapa orang muslimin yang termakan dengan hasuran kaum munafiqun. Oleh itu, siasatan yang benar-benar teliti perlu dilakukan.


                Perpaduan umat islam ketika itu mula goyah, ada yang bersetuju dengan ijtihad Saidina Ali, dan ada yang menolak ijtihad tersebut. Berlanjutan daripada hal ini, Saidatina Aisyah berangkat ke Basrah bersama sekumpulan muslimin untuk mencari penyelesaian terhadap perpecahan umat islam akibat perisitiwa pembunuhan Saidina Uthman ini. Perihal ini telah disebutkan dalam al-Fishal fi al-Milal wa al-Ahwa’ wa al-Nihal yang menjelaskan bahawa keberangkatan Saidatina Aisyah bukanlah bermaksud untuk berperang , tetapi lebih kepada mencari perdamaian.


                Di Basrah, kumpulan saidatina Aisyah bertemu dengan kumpulan Saidina Ali. Hasil daripada pertemuan itu, kata sepakat diambil untuk mempercepatkan proses hukuman ke atas pembunuh-pembunuh Saidina Uthman. Namun, pihak munafik yang bertanggungjawab merancang dan membunuh Saidina Uthman mula berasa terancam. Lalu pada keesokan paginya, mereka telah menyerang kumpulan Saidatina Aisyah. Dalam keadaan terkejut dari tidur, kumpulan Saidatina Aisyah menyangka bahawa serangan itu daripada kumpulan Saidina Ali. Tanpa membuang masa, mereka terus menyerang balas. Di pihak Saidina Ali pula, mereka menyangka bahawa kumpulan Saidatina Aisyah telah mengkhianati perjanjian lalu turut menyerang balas. Secara ringkasnya, kedua-dua pihak merasakan bahawa mereka dikhianati. Lalu tercetuslah Perang Jamal dan perang ini dinamakan Jamal kerana diriwayatkan bahawa Saidatina Aisyah duduk di atas unta sewaktu peperangan itu.


                Peperangan ini menyaksikan kematian hampir 1000 umat islam termasuk sahabat seperti Talhah dan Zubair. Kebenaran hanya diketahui selepas peperangan berlaku. Umat islam cukup kesal dengan apa yang berlaku terutamanya Saidatina Aisyah. Betapa liciknya pihak musyrikin menjadi duri yang mencucuk-cucuk umat islam sehingga menimbulkan perpecahan. Begitulah sejarah telah memberi pengajaran dan membuktikan bahawa fitnah, ketidaksefahaman, dan salah faham boleh membawa kepada kemusnahan umat islam itu sendiri.

                “ Umi..umi.. jomlah naik sama-sama, “ Hanim tersentak mendengar panggilan anaknya itu.
Zapp! Terus hilang bayangan peristiwa Perang Jamal dalam fikirannya.


                Dia segera berjalan menuju ke arah Humaira (gelaran Saidatina Aisyah) moden yang masih lagi berada di atas unta itu. Bibirnya terus mengukir senyuman.



# Artikel ringkas ini bersempena peristiwa Perang Jamal pada tanggal 11 Jamadilakhir.

Semoga kita sama-sama dapat mengambil manfaat daripada artikel ini.




Sumber rujukan :

http://sifrulmind.blogspot.com/2009/03/perang-jamal.html


Friday, April 19, 2013

Pilihan Di Tanganmu



Daripada Abu Hurairah (r) bahawa Rasulullah (s) pernah bersabda,

“Dikelilingi nerakaitu dengan shahwat-shahwat, dan dikelilingi surga itu dengan kesusahan-kesusahan.” Riwayat Bukhari dan Muslim.

Bismillah, walhamdulillah.Selawat dan salam ke atas yang dirindui nabi kita Muhammad (s), keatas ahlinya, sahabat-sahabatnya serta mereka yang mengikuti.

Pertamanya, ini adalah peringatan buat yang menulis,kemudian kepada kawan2 ikhwah akhowat.

Neraka.Apa yang kita terbayan gbila disebutkan neraka. Dah tentu, api marak menjulang, penghuninya dirantai dan diseksa dengan bermacam seksaan, makanan ruji buah berduri zaqqum, minuman percuma nanah menggelegak. Habis satu lapis kulit berganti kulit yang baru, habis satu nyawa dihidupkan semula.Terseksa selama-lamanya, tidak mati, tiada tempat nak lari.

Cukuplah minyak mendidih terpercik ke tangan.

Kadang-kadang kita memasak untuk makan serumah.Goreng ayam.Kalau tak berhati-hati boleh terpercik setitik minyak panas kelengan yang terdedah.Adusssss… terasa sengatnya seketika.Cepat kita basuh dengan air dan hisap dengan mulut, bagi hilang rasa panas.Tengok-tengok dah melecur sikit.

Itu baru minyak setitis.

Minyak.Setitis.

Sungguh, memang kita tak akan mampu menahan azab neraka Tuhan. Azab fizikalnya pun dah tidak tertanggung, apalagi azab penghinaan dan penyesalan yang tiada berguna lagi.Tuhan tak akan pandang pun kepada ahli-ahli neraka ini.

Inilah dia neraka yang dihiasi disekelilingnya shahawat iaitu tarikan-tarikan, atau kesenangan-kesenangan, atau keseronokan-keseronokan.

Distractions yang diciptakanTuhan, semuanyasebagaiujianuntukmenentukansiapadalamkalanganhamba-hambaNya yang paling bertaqwadan paling baikamalannya.

Apatah lagi di zaman kita ini.Dengan kemudahan teknologi segala macam, semakin pelbagailah bentuk distractions yang kita hadapi.Kesemuanya melupakan kita akan tugas hakikikita di atas muka bum ini, yang kerananya kita diciptaTuhan- untukmenjadi khalifah dan hamba.

Namakan, movies,video games, internet, drama, bahkan anime.

Moga kita sentiasa awasi setiap pancaindera kita daripada pintu2 maksiat yang pelbagai.

Ingat, neraka itu di sekelilingnya ‘shahawaat’.

Jangan dimanjakan sangat hawa nafsu tu, kalau tak nak berakhir di tempat yang salah di sana nanti.



At last, the choice is in your hand!

Pilihlah sekarang nak buat apa.

Benda baik bermanfaat atau perkara sia-sia.
Baca ini atau tengok itu.
Hafal ini atau dengar itu.
Buat ini atau main itu.

Penulis hanya boleh menulis.Hidayah dan petunjuk dah lengkap semua diturunkan.Setiap hari ni’mat dikurniakan, semuanya meminta agar diperhatikan dan disyukuri.
Perhati dan syukuri.

Yang menulis ini pun lebih kurang 2 kali lima juga.

Sama-sama kita perbaik diri dan ajak yang lain. Yang terlupa kita ingatkan, yang terlanjur kita tarik, yang tertidur lena kita kejutkan.

Inshaallah.Syurga itu memang susah, tapi tak mustahil. Tuhan pun sangat pengampun menunggu kita untuk memohon pengampunan.

Semoga semua kita, semua akhirnya diseru olehTuhan di sana kelak:

“Wahai jiwa-jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu (dengan keadaan) redha dan meredhai, dan masuklah kedalam kalangan hamba-hambaKu (yang soleh), dan masuklah kedalam syurgaKu”.

Inshaallah, wallahua’lam.

Thursday, April 18, 2013

Kalam Al-Faruq



Al-Faruq UMAR AL-KHATTAB , mendengar namanya sahaja sudah cukup menggerunkan semua orang. Beliaulah sahabat yang cukup terkenal dengan sikap berani dan tegasnya. Sehinggakan wujud cerita yang mengatakan iblis juga turut bertempiaran lari apabila mendengar namanya. Di situ, jelas menunjukkan betapa gerunnya masyarakat Quraisy kepada beliau pada waktu itu. Pengaruh beliau dalam islam sangat besar sehinggakan Rasulullah pernah berdoa, sebagaimana yang diriwayatkan oleh At-Thabrani: 

"Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab"
 

Dalam sebuah hadis lain pula, hadis dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata :


"Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata : "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar".
 

Subhanallah! Betapa besarnya pengaruh beliau, sehingga pengislaman beliau menjadi berita gembira seluruh alam.
Beliau telah dilantik menjadi khalifah kedua menggantikan Abu Bakar As-Siddiq. Sama-sama kita hayati beberapa nasihat yang beliau sampaikan sepanjang hayat beliau:

- Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut kepada Allah, tidak akan sia-sia apa yang dia kehendaki.

- Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya.

-
Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

- Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat.

- Duduklah dengan orang-orang yang bertaubat, sesungguhnya mereka menjadikan segala sesuatu lebih berfaedah.  

-Kalau sekiranya kesabaran dan syukur itu dua kendaraan, aku tak tahu mana yang harus aku kenderai.

- Sesungguhnya kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, maka janganlah kita mencari kemuliaan dengan selainnya.

- Raihlah ilmu, dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar.  

- Orang yang paling aku sukai adalah dia yang menunjukkan kesalahanku.

- Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah.Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar.  

- Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya. 

- Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya. 

- Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-kata lemah-lembut. 

- Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini.





Sedikit kisah ringkas untuk dihayati tentang betapa beliau mengambil berat terhadap rakyat ketika menjadi pemerintah.

Suatu ketika, apabila Madinah kekurangan bahan makanan, Saidina Umar telah diberikan roti yang disapu mentega. Dalam masa yang sama, beliau mengajak seorang lelaki Badwi untuk makan bersamanya. Beliau melihat lelaki itu benar-benar menikmati roti tersebut.
 
“Agaknya, kau tidak pernah memakan mentega?” tanya Umar.


“Ya,” jawab Badwi itu.  

“Saya tidak pernah makan dengan mentega atau minyak zaitun. Saya juga sudah lama tidak menyaksikan sesiapa memakannya sampai sekarang,” tambahnya.
 
Mendengar kata-kata Badwi itu, Umar bersumpah untuk tidak memakan mentega hinggalah semua orang hidup seperti sediakala. Kata-kata ini benar-benar dibuktikan dan di abadikan sampai saat ini.
“Kalau rakyatku kelaparan, aku ingin menjadi orang pertama yang merasakannya. Kalau rakyatku kekenyangan, aku ingin menjadi orang terakhir yang menikmatinya,” ujar Umar.

Begitulah hebatnya peribadi beliau sebagai pemimpin ummah.



# Artikel ringkas ini bersempena peristiwa Pelantikan Umar Al-Khattab sebagai khalifah kedua pada tanggal 8 Jamadilakhir.

Semoga kita sama-sama dapat mengambil manfaat daripada artikel ini.


sumber rujukan:

http://k-islamic.blogspot.com/2012/06/nasihat-amirul-mukminin-umar-bin.html
http://jppipgkampusperempuanmelayu.blogspot.com/2011_09_01_archive.html