Thursday, March 7, 2013

SC GABUNGAN

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT pada 1 Mac 2013 yg lepas program SC Gabungan OHANA berlangsung dgn jayanya. Keserian bertambah dgn kehadiran sahabat-sahabat semua ke Imarah Malaya.Ditambah lagi dgn kehadiran Abg Ahmad Nazmi Mohamad dan tayangan video yang mantap.


Mungkin jarang antara kita biasa mendengar 6 Prinsip Hidup yang menjadi pegangan 'Salafus Soleh' terdahulu, bukan? Namun kita bertuah apabila Abg Nazmi berkongsi tentang 6 prinsip hidup ini, yg mana apabila berpegang padanya akan memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang di sekelilingnya.

6 PRINSIP HIDUP pegangan para ulama’:

(1) YAKIN yang benar dan sahih dengan kalimah “لا إله إلا الله محمد رسول الله”.

Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ini kerana Allah S.W.T.
Banyak kelebihan bagi orang yg menuntut ilmu. YAKIN bahawa Allah sentiasa beri ganjaran kepada setiap amalan baik yg kita lakukan. Dan YAKINlah yg memberi MUMTAZ itu bukan kita tapi Allah.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yg mengHIDUPkan sunnahku akan bersamaku di syurga, dan setiap umatku akan masuk syurga kecuali mereka yg ingkar.” Seseorang yg padanya ada kebaikan dan dalam masa yg sama, me’muhyi’kan sunnah baginda, mengajak orang lain bersamanya, nescaya dia ada kekuatan yg boleh mengumpul ‘cahaya’ sekeliling ke dalam dirinya. Mampu mengubah orang lain juga. Dan, seseorang itu tampil hebat kerana Islam yg dibawanya dan sunnah Rasulullah SAW menjadi amalannya.

(2) SOLAT yang khusyuk dan khudhuk.

KHUSYUK bermaksud fokus di dalam hati dan KHUDHUK bermaksud fokus anggota pancaindera. Bukankah orang yg berjaya itu ialah mereka yg khusyuk solatnya. Ini kerana solat itu berfungsi mencegah keburukan dan kemungkaran.

Mereka yg khusyuk dalam solatnya sentiasa dikurniakan ketenangan jiwa walau seberat mana ujian melanda dirinya. Orang kata, jika kamu ingin berbicara dengan Allah, maka dirikanlah solat. Pernah merasainya sendiri, bukan?

(3) ILMU yang bersamanya adalah zikir.  
 
Ilmu itu adalah apabila tahu ia halal, kita amalkan dan apabila tahu ia haram kita jauhkan. Kita sebagai doktor yg belajar di Mesir, kena ada 2 kekuatan ilmu. Ilmu kedoktoran dan ilmu agama. Siapa ingat Abg Nazmi  ada sebut tentang sifat ‘IHSAN’.

IHSAN ini ialah apabila kita berseorangan, kita yakin bahawa kita ini dlm pemerhatian Allah. Jadikan ilmu dan study itu teman yg mendekatkan diri kita pada Allah. Ingatlah Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. Itulah ihsan namanya!

Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. 

Imam Ghazali ada mengatakan bahawa: "Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."

Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembali, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudah apabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya BERKAT. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

(4) MeMULIAKANkan org Islam, tidak kiralah ibu bapa, sahabat2, jiran tetangga dan lain-lain.

Teringat ada seorang ikhwah dlm kelas tu, tak silap namanya Nadzim, kata IKHLAS itu penting. Betul la tu, tunaikan hak orang dan tuntut hak kita dari Allah, ingat tak? 

Contoh, jika kawan kita meminta pertolongan ajarkan Physio sedangkan kita ingin study Biochem. Maka ajarilah dia dan mohon Allah membantu kita pula. Semoga dengan memudahkan urusan sahabat-sahabat yg lain, Allah turut memudahkan urusan kita juga.

(5) NIAT yang ikhlas.

Semua pasti sudah tahu, bahawa sesuatu amalan itu Allah lihat pada niatnya, bukan? Niat akan menentukan kekuatan sesuatu amalan itu. Cara nak jaga niat itu ialah dengan sentiasa niat ikhlas sebelum buat kerja, semasa buat kerja dan selepas buat kerja. Begitulah caranya!

Dalam konteks kita sebagai pelajar, kita perlu sentiasa tajdid niat hanya kerana Allah agar setiap detik menuntut ilmu itu bernilai ibadah. 

Jika kelas bermula seawal jam 8 pagi dan habisnya pula dalam pukul 5 petang, jangan rasa tertekan. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

 (6) DAKWAH "الى الله". 

Allah sangat suka hamba-Nya yg mengingatkan orang lain tentang diri-Nya yg Maha Agung. Jangan lupa, kita sebagai hamba-Nya telah ditugaskan utk ‘amar makruf, nahi mungkar’, bukan?  Saling berpesan dengan kebaikan dan kebenaran, kerana hanya mereka ini yg tergolong dalam golongan orang yang beruntung.

Kebanyakan kita sering memandang siapa yg memberi teguran. Jika dirasa statusnya rendah maka teguran itu tidak dilayan. Tapi bila teguran itu datang dari seseorang yg disanjung barulah kita hormat. Ingat, kita tak akan tahu siapa yg ALLAH pilih untuk menyampaikan peringatanNya kepada kita, bukan?

Dr. Ahmad Nazmi Mohamad

Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktikkan 6 kunci hidup ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam pelajaran semata-mata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. dalam setiap tingkah laku kita. 

Dari Ustaz Pahrol Mohamad Juoi,
"Kita bukan orang yang baik, tetapi kita sedang berusaha untuk menjadi orang yang baik.

Di dalam jalan mujahadah ini, kita bertatih, jatuh dan bangun berulang kali.

Kita kadang-kadang sering kalah, tetapi kita tidak berputus asa, kita terus mencuba kerana kita bersangka baik dengan Allah dan dengan diri kita sendiri.

Ya,kita sering kalah, tetapi kita tidak pernah mengalah untuk terus menjadi baik, kerana kita yakin, bukan natijahnya yang menjadi ukuranNya, tetapi USAHA yang dinilai Allah"

Wallahu a’lam. Selamat bermujahadah, selamat beramal.




 

0 comments:

Post a Comment